Aku tak faham.
Dah kalau namanya PROSEDUR - maka otomatiknya itulah yang kau kene ikut/buat tanpa gagal.
Tapi aku masih tak faham.
Dah kalau namanya PROSEDUR - takde sapa hirau peduli.
Yang lagi di letak sepi, yang lagi di tolak tepi.
Apa ni?
Asalnya ia untuk penyatuan standard penggunaan,
Wujudnya ia untuk memudahkan urusan apa lagi sebagai kemudahan.
Tapi tah kenapa lagaknya hanya seperti pelakon tambahan.
Meng-kaver apa yang perlu, apa yang kekurangan.
BRO, LU KALAU NAK BUAT MEETING SAMPAI 3 BERDERET PUN, LU BOOK DULU BOARDROOM BOLEH?
Itu contoh.
Prosedur mudah.
Nak meeting, book boardroom.
Terpulanglah nak pakai method camana pun.
Telefon ke, email ke, sms ke, jerit hoi aku nak pakai board room kul 2 kang ke.
Tak kisah.
Sumpah tak kisah.
At least kau dah ikut PROSEDUR.
Ini tak.
Main serbu.
Sudahnya bila bilik occupied, yang clash tak booking tadi tercongok depan muka.
Dah macam perhimpunan pun ada.
Haih.
Tak faham sampai bila-bila.
Sebabnya mereka - Executive Vice President rata-ratanya.
Apa, bila tinggi pangkat manusia tu lagi bangangnya bab camni ke?
(sila tahu aku sedang mencarut sekarang)
fadzreentaro
No comments:
Post a Comment