Aku janji aku takkan jiwang dalam mana-mana post/entry.
Tapi sini aku nak share guideline yang boleh diguna pakai oleh mana-mana bakal pengantin kat luar nun.
Tak paksa ikot - tapi takyah la bodoh sombong nau.
Paling tidak - benda ni mengingatkan apa yang lupa, ye dak? (nampak kat situ macam sound diri sendiri pelupa?? KAHKAHKAH)
So basically aku guna ini:
Agak sempat menepek gambar di situ WAHAHAHA.
12 Bulan Sebelum Majlis
- Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak - SIAP!
- Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan,bajet kecemasan dan sebagainya - SIAP!
- Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran, Pelamin,Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.) - SIAP!
- Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman - SIAP!
8 Bulan Sebelum Majlis.
- Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini - SIAP!
- Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri - SIAP!
- Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda - SIAP!
- Daftar kursus pra-perkahwinan - SIAP!
- Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangananda) - SIAP!
- Dan lain-lain hantaran - SIAP!
6 Bulan Sebelum Majlis
- Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan agama islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta - SIAP!
- Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda - SIAP!
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda - SIAP!
- Memberi cincin kahwin - SIAP!
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering - SIAP!
- Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan - SIAP!
- Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ - SIAP!
- Melakukan rawatan badan untuk kesegaran. - TAKKAN ADO NYO..
3 Bulan Sebelum Majlis
- Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin - SIAP!
- Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya - HAMBOI KAU TAMAN, HOTEL BAGAI TAPI SIAP!
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik. - HIV? OK2 SIAP!
- Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda - OHH INI BELOM.
- Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda - SIAP!
- Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-mana jabatan agama islam untuk menikahkan anda - DALAM PROSES
2 Bulan Sebelum Majlis
- Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda - SIAP!
- Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput - SIAP!
3 Minggu Sebelum Majlis
- Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati - OHH INI BELOM
- Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung - OHH INI BELOM
- Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda - SIAP!
3 Hari Sebelum Majlis
- Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran - OHH INI BELOM
- Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon - SIAP!
- Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya) - OHH INI BELOM
- Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. - OHH INI BELOM
- Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda. - OHH INI BELOM
- Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki). - OHH INI BELOM
fadzreentaro

No comments:
Post a Comment