Tuesday 30 October 2012

Aku Pada Yang Lalu Dan Pada Yang Kini



Malam - langit tanpa bintang.
Tiba-tiba fikiran menerawang kebelakang.
Yang 9 tahun lalu, aku pernah pandang langit yang sama.
Yang paginya terang benderang,
Malamnya terang berbintang.

Haih..
Zaman penuh gelojak pemberontak.
Ingin keluar rumah,
Ingin punya itu ini.
Ingin dikenal punya pendirian,
Ingin dihormat mahu kebebasan.

9 tahun lalu itu.
Bila dikenang - aku sendiri terdiam kagum.
Hampir segala dalam angan jadi aku punya.
Berdiri atas kaki sendiri - aku bangga.
Tak pernah meminta-minta berbelas menagih dikasi simpati.

Langit,
Malam ini kau ingatkan aku - pada mana letak diri aku.
Yang suatu ketika dulu berangan ingin memacu kotak beroda sendiri,
Sambil bibir bersiul lagu.
Tika itu bila dibayang - indah.
Takda cela.
Takkan punya rapuh.
Hati senang tenang berhari-hari angan seperti menolak diri lekas bangkit ubah dan berdiri.
Tak sabarnyaaa nak habis sekolah nak habis studyyyyyyyy!

Sekali lagi 9 tahun itu - dan langit malam ini.
Kau buat aku selam dalam-dalam hati sendiri.
Syukur.
Aku masih diberi nikmat hingga hari ini.

Tuhan, jika esok tiada lagi tertulis bagi aku merasa nikmatmu,
Sampaikanlah perasaan ini pada mereka-mereka yang bersama aku sejak azali.
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Yang tersurat tersirat dalam hati.

*Start enjin KOTAK BERODA milik sendiri*

pi es: aku salin apa yang keluar dalam msg hp dulu tadi ni ngeeeee

fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...