Thursday 1 November 2012

Checklist Pecah Kepala (Nak pecah otak pun boleh jugak)

Update.
Aku ni cepat lupa.
Dalam kepala kalau boleh dibentang, ko memang nampak macam kalendar kuda dah.
Macam-macam aku tanda, aku pangkah, aku catit, aku kaler, aku highlight blablablabla.
Gila. 
Pakcik Adi punya pun aku kena ingat sekali.
Macam nak pekse paper Management time pagi pastu petang ngadap paper HR.
Tak macam pontianak kau study memalam?
Camtulah aku HARI-HARI.

Di bawah, ini kopi-pes dari Checklist 12 bulan yang aku post lepas. Tapi modified sikit.
Agar tak semak mata memandang. Tak serabut kepala memikiaqqqqq. Tiba-tiba sangat kan cakap Utara? Sigh.

Checklist Pecah Kepala (Nak pecah otak pun boleh jugak).
  • Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati. Halfway. Selasa ni baru ambik.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. Aku rasa aku dah tahu sapa. Consider setel.
  • Menghias pelaminbilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. Bilik tidur belum. Pelamin Jumaat depan - KOT. Hantaran, 80% on the way siap.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya) - Setel. Kompang je belum. Ok tak setel lagi.
  • Photo booth prop. Belum setel.
  • Signage pandu arah. Belum setel.
  • Remind Pakcik Adi mengenai Mas Kahwin, Upah Jurunikah & Saksi, Sirih Junjung, Kek. Belum setel. Ehh belum remind.


Benci aku tengok benda tak setel lagi tu. 
Nak DIY tapi masa macam bangang je kedekut nak bagi.
Nak remind-remind, kang kate aku kepochi.
Sumpah aku nak pakai Kage Bunshiin No Jutsu.


Ehh, Chapter dah update ke eh???? 
K bai. Karang-karang lah aku buat signage tu.

fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...