Monday 14 January 2013

Ber-Belog, Menulis, Mengarang, Memikior = Mampos

Yelah.
Mungkin niat suci murni tu ada expired date. Datang tahannya tak lama.
Benci gila.
Sebab dari azali sebenarnya -
aku dah tahu aku ni sekadar kalau buat, yo yo oo je.

Menyampah dengan diri sendiri -
Selalu.
Benci diri sendiri -
Syukur takde lagi. Sebab pada aku benci itu tahap, kau dah takkan ada sikit ruang pun untuk suka kembali.
No mercy katanyaa.

Berbalik kepada perenggan pertama tadi.
Aku sebenarnya rujuk pada belog hidup segan mati tak mahu aku ni.
Nyesal delete belog lama tu takda sebab semua sampah belaka.
Nyesal hilang followers tu adalah sikit. eh?

Dah. Mari meroyan.

Aku rasa sejak kahwin ni aku makin menjadi-jadi malasnya.
Lagi-lagi sejak aku tau aku pregnant.
Sumpah.
Masa tak tahu tu -
Aku boleh lenjan join laki aku main badminton lagi.
Siap 3 game berturut-turut.
Sekali bila dah tahu -
melepek.

Mak aku selalu bising-
Suruh aku lawan, kang yang dalam ngikot.
Tapi kang bila aku mula angkat bakul kain, aku panjat lap kipas kang - bising.
Aritu dah nyaris kene masuk air - gastrik.
Nyaris kene interview lama-lama dengan doktor sebab bila dapat tahu aku bergerak, berlari macam takde hape.
Nyaris lah.

Gastrik tu aku rasa tak logik sebab-
aku makan boleh buat orang keliling astagapar.
Cuma jalan laju, berlari kejar something tu je aku tak sedar-sedar lagi.

Haih.

Btw, minggu ni aku dah genap 8 weeks pregnant.
Dulu sebelum tau weeks-weeks ni-
Pe kejadah semua aku tak tahu, tak reti.
Macam orang bodoh gak la aku tanya-tanya kakak sana sini.
Kini tidak lagi. Cewah.
Sekarang tak lagi laa.
Sejak dah pegi 1st checkup ritu -
Nurse dah explain sehabis mahu.
Sepahamnya aku.

Dan di waktu selepas habis lunch hour ini -
aku tengah layan mende alah ni.
Habis aa anak aku kenan masuk sini nanti.
Ngahahaha.


fadzreentaro

1 comment:

  1. Bet365 Casino - Mapyro
    Bet365 is an online 양주 출장샵 gambling website which offers a broad range 동두천 출장안마 of casino games. · Bet365 안양 출장샵 logo. · Bet365 Poker logo · 속초 출장안마 Bet365 Casino logo 포항 출장샵 · Bet365 Casino logo.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...