Monday 14 January 2013

Tips #01 ; Benda Yang Kau Expect Tapi Tak Berapa Nak Expect Jugaklah..

Gila hebat aku nak bagi tip-tip bagai kat orang.
Padahal copy paste dari belog orang lain je pun WAHAHAHAHA.

Dah, jangan nak membongak.
Suko ati denlah nak hapdet. Ni kan belog den.
Solagi den ghaso bondo ni boleh mendatangkan menapaat ke sume, den bagi.
*Kagum ayah bila tahu aku terer cakap nismilan dibandingkan dengan beliau kehkehkeh*

Untuk para pengantin baru atau lama yang mana masih belum menimang cahaya mata, cewah, ni aku nak lambakkan Tanda-Tanda Awal Kehamilan.

Sebelum tu aku nak gebang dulu. Aku dah go through tanda-tanda ni namblas kali dah sebelum ni tapi adalah 2,3 tanda je yang sangkut. Nanti aku highlight kan yang mana.

Tahap confident aku masa tu memang celaru lah kan bila tak menepati semua. So harus diingatkan di sini bahawasanya kalau dah rasa tak sedap badan ke atau saja gatal nak cek ke, silakanlah berbuat demikian.
Err - cek di sini maksud aku, cek kat tanda-tanda ni lah.
Jangan lah kau cek klinik pulak kalau dah semalam baru datang period kan. Melampau.


  •  Payudara membengkak / terasa sakit

Aku rasa ini. Aku suspek sendiri sebab rasa sakit 2 minggu sebelum tarikh period akan datang. Dah tu sakit kepala sebab suspek tak sudah-sudah pehal sakit tiba-tiba =..="


  • Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Yang ini sampai sekarang rasa lagi. Tapi kalau sebelum sah tu aku bebel dalam tepon dengan Pakcik Adi pun mengah tiba-tiba. Agak pelik di situ. Kini tiada lagi. Cewwah. Sebab aku ambil kesempatan bila kat rumah wahahahahaha.

  •  Mual / loya / muntah
Okay ini aku serius hanya hadap mual je. Tu pun tak selalu. Tak muntah. Cuma ada sekali tu aku mual dengar perkataan nasi. Ehh ke tu loya? Ha loya loya. Kemudian membawa kepada rasa mual. Feels like want to vomit but it just stop there.

Cuma, yang muntah Pakcik Adi kau. Pelik aku. Demam sampai 2 kali dalam masa 2 minggu muntah, loya, mual punya pasal. Haih.

  • Lebih sensitif terhadap bauan
Aku sekarang sensetip dengan bau Pakcik Adi. Tapi baru start 2 minggu lepas lah. Sebelum ni relaks lagi. Sekarang macam nak termuntah pun ada. Bau lepas mandi je ok sebab takde bau pape. Kahkahkah. *Ehh, sabun ke tak ni bangggggg?*

  •  Kembung perut
Kembung perut di sini bukanlah kembung macam masuk angin tu. Dia lebih ke arah cramp. Aku pun tak paham kenapa dia pakai istilah kembung. Cramp ni sebijik macam kau senggugut tu. Aku kena siap guling-guling. On off pulak datangnya. Time tu memang aku suspek nak period la ni tapi macam tip no. 1, 2minggu awal lak dah datang. Sudahnya sakit kepala memikir.

  •  Kerap buang air kecil
Seperti apa yang aku baca, jumlah bendalir dan darah meningkat so itu sebab selalu kencing. Yang aku ni pulak dah selalu sangat kena kencing kotor, pun relaks jela malas nak expect apa-apa. Kang buatnya takda aku gak yang menungging frust. Dah lah Pakcik Adi kau tu HARI-HARI lepas kahwin tanya aku pregnant ke tak. Gilo. 

  • Sakit kepala 
Kalau kau perasan dalam berapa tips aku ada cakap sakit kepala, so memang ini jelah tanda mula-mula aku percaya. Sumpah. Aku sampai cakap, hek eleh sakit kepala je yang sangkut? Tapi bila pikir balik, eh pagi tadi bukan aku makan nasik lemak 2 kali tambah ke? Dah mula syak di situ.. 

  • Sakit punggung 
Tak rasa sangat sebelum ni. Baru start rasa semalam. Bontot rasa macam takde daging. Padahal makin melebar je aku tengok. Haih..

  • Ngidam 
Hanya dihidap oleh Pakcik Adi. Tengah-tengah hujan lebat jam 4 petang boleh msg aku bagitahu teringin cendol. Tengah-tengah hujan masa beliau balik keje pun sanggup berenti Speedmart 99 beli coklat sebab terasa nak makan. Gila kau laki aku ni.. Kalah aku yang tak tahu masa tu pregnant. Haha.

  • Peningkatan temperatur tubuh 
Diakui oleh Pakcik Adi. Dia pegang tangan tiba-tiba dia tanya pesal panas? Ya ampunn. Mana lah aku tahu time tu.

  • Bau Badan
Aku tak hadap ini. Tapi kalau korang hadap, jangan risau. Itu sebab kadar hormon meningkat. Tapi kalau confident lupa pakai deodorant tu, mungkin itu juga penyebabnya. Sila jangan lupa lepasni. Disyaki anda akan di sumpah dalam hati.

  • Pusing atau pengsan  
Ini pun aku tak hadap. tapi kalau korang ada rasa macam ni, itu disebabkan kadar jumlah gula dalam badan rendah. So jaga pemakanan. Bukan bermakna kat sini kau kurang gula pastu kau kena bantai makan aiskrim seumpamanya. Maksudnya, cukuplah dengan makan buah-buah, air bergula sikit.

  •  Munculnya darah 
Masa aku rasa cramp gila kat perut tahap guling-guling dulu, doktor risau jugak kalau-kalau ada keluar darah. Sebab kalau keluarnya darah dalam jumlah yang banyak, itu bermakna kau kena lah pegi hospital cepat-cepat. Aku taknak cakap kau mungkin gugur, tapi itu salah satunya.

Tapi, kalau cuma setompok atau seumpamanya, itu adalah tanda embrio mula menempel di uterus.

Aku tak hadap ini setakat ni. 

  • Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kalau rasa beberapa tanda di atas ada pada diri korang, apa kata korang buat UPT sendiri. Atau Urine Pregnancy Test. Atau Alat Menguji Kehamilan. Kos tak tinggi mana. Worth it pada mana yang mencuba. Boleh beli kat mana-mana farmasi dengan harga RM15 ke bawah.

Tapi pada mana yang nak cadangan aku, aku cadangkan korang beli jenama Clear Blue. Aku beli kat Guardian je pun. Satu sebab kenapa aku cadang, dia boleh detect terus kau dah pregnant berapa minggu. Tapi agak costly lah. Tak silap aku beli tu RM26.80 kot.

Ni contoh aku punya. 


Sebenarnya, Clear Blue ni tester aku yang kedua sebab aku pun hanya diberitahu mende alah ni lepas pakai tester 2 line biasa tu je. Tapi aku lupa apa jenama dia. 


Aku nak recommend juga kat korang, yang ini pun agak tepat juga sebab dia boleh detect since 1 day kau dah terlepas tarikh period. Haa.. Gila hebat sehari pun boleh detect. Cuma tak boleh bagitahu berapa minggu jelah macam clear blue di atas.

Jadi, tak kira lah mana pun pilihan korang yang penting kenalah alert dengan perubahan tubuh.. wahh gittew aku bagi nasihat. Jap. Nanti aku sambung. Ada mak nenek email cari pasal. Assalammualaikum!

fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...