Wednesday 24 April 2013

Random #1

Situasi:

Kau dapat call minta turun sebab ada postage dari Pos Laju yang ditinggalkan di pejabat lain.
Kau jawab kau akan turun. Dan akhirnya kau minta tolong kakak cleaner ambilkan sebab kau tak boleh tinggalkan kerja kau waktu tu.

Dalam masa yang sama kau pelik dengan suara pemanggil tadi sebab halusss semacam. Walhal dia lelaki. 
Dan pada kau lelaki harus ada satu suara yang tegas semasa bercakap. Walau dia aww macam mana pun ada satu part dalam suara dia tegas.
Tapi yang ni tidak. Ahh lantak dia aa.

---

15 minit lepas cleaner naik.
Kau dapat satu lagi call. Pemanggil yang sama.
Dia marah, tapi suara masih tetap halusss mengada persoalkan kenapa kau minta cleaner yang ambil kan.
Kau pelik. Dan persoalkan kembali, ada masalah ke?
Dia diam, lalu berkata, "Takdelah saya ingat awak yang turun".
Sah.
Aku jawab, "Lain kali kalau dah tahu surat orang lain, yang pergi sign terima jugak tu kenapa? Hmm. Mekaseh."
Aku letak.

---

3 hari kemudian. Tepatnya semalam.
Kau dapat panggilan lagi. Atas sebab yang sama.
Kali ni cleaner takde. Damn.
Dan kau harus turun juga sebab tu surat yang kau expect dari semalam.
Sesampai di office berkenaan, "En. Yusof ada?"
"Ohh saya lah En. Yusoff. Faz ye?"
"Taklah. Ziana Zain sini. Mana surat tu?"
Dia pandang atas bawah. Sedang kau nak termuntah.
Pandangan kali pertama kau pada dia - gendut, berumur, botak dan hmm. Tak yah cakap. Ayah kau pun macam ni tapi ayah lagi kiut dari dia okay.

"Lawa jugak awak ni ye?" Sambil handover surat.
Senyum. Dan blah. Terima kasih pun tarak. Tak layak pada kau, sebab niat dia dah terpesong.

---

Hari ini, tadi tepatnya.
Dapat lagi panggilan sama. Tujuan sama. Tapi priority tidak, sebab hanya magazine.
"Faz, awak tak nak turun ke? Tak lunch?"
Kau tengok jam. Semalam pun dia call waktu macam ni jugak. Memanggggg dia ada niat.
Bismillah -
"En. Yusoff, tu magazine kan? Baca jelah. Lagipun saya dah cakap, kalau bukan surat orang lain kenapa sign juga."
"Ala, dah posmen tinggalkan. Saya nak buat apa. Saya call awak lah."
"Betul la tu. Tapi masa dia tinggalkan tu takkan tak tengok. Kata Pos Laju bagi kan? Semua bukan kena sign ke sebelum terima? Takkan tak cukup cermin mata lagi En. Yusof?"
Dia sentap.
"Awak nak ambil ke tak?"
"Tak."
Dan kau letak gagang.

Cleaner muncul. Kau pun senyapkan aje.
Dan sekarang kau boleh post satu entry pulak pasal dia.

Bengong.

fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...