Thursday 25 April 2013

Random #2

*Sila mainkan video di bawah sambil membaca entry seterusnya*


Situasi 2:

Hampir 1 tahun setengah kau tanggung beban hasil kerja kau lambat siap kerana PC selow mellow umpama kekura sedang dating.
Hampir 1 tahun setengah juga kau tanggung tahi telinga cair bila sering dipersoal Jelly *bos kau lah tu* kenapa lambat update report, record, outcome takde semua.
Dan, hampir 1 tahun setengah juga lah kau memberi jawapan *bukan alasan* yang sama iaitu meminta ihsan tukarkan kau PC baru, atau upgrade atau apa-apa sajalah sebab kau sendiri pun bukanlah jenis penyabar bila bukak 1 fail je sampai boleh habis 5 nyawa candy crush.
Jawapan dia, kena tanya management. Sebab kalau nak tukar baru bukan senang. Ok fine.

Nota: PC ni pun sebenarnya kau inherited dari ex-staff yang tak nak pakai, atas alasan PC lembab. Dahlah ambil bekas orang. Lembab pulak tu. Haih. Di mana keadilan bagi kau? Itu satu.

2 bulan lepas, tepatnya 1 tahun sebulan lepas kau merana dengan PC ni. Jelly datang dan beritahu yang kau dah boleh mula cari quotation. Management dah bagi green light katanya. Tapi elok je kau gembira dan tanya apa specs yang layak kau dapat supaya senang nak cari quotation, dia sulap pula dengan berita najis, "You boleh cari kemudian sebab ini tak priority sangat". Najis sungguh perangai mu Jelly. Mana keadilan bagi kau? Itu dua.

Lastly, tepatnya Khamis lepas Jelly datang bersemuka dan persoal depan muka *of course*. Mempersoalkan kreadibiliti kau sebab dikatakan carta prestasi kau menurun. Walhal kau tak pernah nampak mana pergi carta yang dia cakap tu. Mungkin hanya ber-carta dalam kepala bersama Cheese. Eheh. Cheese tu bapak Jelly lah. Atau mungkin carta hanya keluar bila masa increment nanti. Pergh najis sial.
Kau berkira-kira, nak jawab secara kongaja dengan orang bukit ni ke apa. Kau buat keputusan pulangkan balik paku buah keras. "PC problem. I nak cari, tapi ni bukan priority I sebab banyak lagi I kena ngadap kalau nak banding sebijik PC ni". Terkesima. Lalu kau kene tembak, "I rasa you dah selesa dengan PC lambat ni sampai I dah bagi green light pun you tak nak cari." Mana keadilan untuk kau? Itu tiga.
Danggggggggg.
Ok lah. Orang bukit kalau taknak mengalah dan mengaku salah ni memang macam ni. Kau diam, kau cakap,  ok bagitau kau apa specs kau layak dapat.
Dia jawab, tapi masih tak puas hati. Push kau supaya dapatkan PC baru by next 2 weeks. Sebab PC ni nak di-inherit-kan pula kepada budak temporary.
"Ohhhhhh. Why you never mentioned yang you nak bagi kat dia? Dah budak tu nak masuk baru you cakap"
1-1. Padan muka.
Dia tak puas hati, terus blah. Tapi masih sambil berjalan sempat warning "Cari cepat aa. I nak early next week you compile semua bagi I approve." Mana keadilan kau sekarang? Itu empat.

End up, Isnin. Kau compile 3 supplier, kau kira, kau buat breakdown harga CPU, Monitor, Software, dan kau buat difference harga supaya senang Jelly suap masuk mulut je. Email sent at 5.06pm.
Selasa, diam.
Rabu, datang bersemuka.
"I ada issue pasal PC ni tapi dah settle. I buat keputusan, I upgrade PC I. Current PC ni I bagi You guna. Later I suruh budak temporary tu forward email I." Ini LIMA.
---
Email received. Baca, hempuk kepala atas meja.
Shabbas bettey. Jelly, Jelly. Senang je dia dapat tukar lepas apa kau harung selama 1 tahun setengah ni. Dia request 23 Apr, 23 Apr jugak Cheese approve.

Tension dah ni wey. Memang kene giatkan usaha lagi cari kerja lain.

fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...