Tuesday 9 April 2013

Summary / Ringkasan Cerita / Rumusan Atau Apa-Apa Jelah kau Nak Panggil

Apa ni? Apa ni? APA NI??
Rumusan lah kan sebab dah lebih 2 bulan kau tak menghapdet? Cet.

Okay. Okay.
Bagi aku peluang.
Aku melalui saat yang paling BIZI sekali dalam hidup tika ini.
Percaya lah. PM pun tak buat 3 kerja untuk jangka masa lama dalam 1 masa.
Bilamana aku perlu mencari sesuap nasi, mengendong baby 5 bulan, dan juga menelaah demi masa depan yang cerah.
Bizi la tu - pada aku. Sebab selama ni kalau tolak pregnant, aku pernah setadi sambil kerja juga.
Eh ni mengeluh ke apa?
Tak tak tak. Jangan kecik ati. Mummy tak marah *sambil gosok-gosok perot*. LOLOLOLOL.

Selalu simpang tajuk.


-----


Aku nak menghumban cerita lama sebenarnya ni. Kira macam bayar hutang lah kat korang semua bila dah lama menyepi diri tak taip apa-apa kan. Padahal asik ber-candy crush-je. Hepppp! Suara siapa itu yang berani bocorkan rahasia? Ye. Aku ketagih gula-gula hancur si candy crush tu. Mahapkan saya. T______________________T

So, pada yang dah tahu. Ye. Aku dan Pakcik Adi pergi buat umrah aritu. 
Alhamdulillah kami dapat buat semua dengan sempurna. In fact - dalam pemergian kali ini yang paling sempurna pada aku, banding dengan yang dulu-dulu. 
Entahlah. 
Mungkin dulu masih hingusan. Jadi tak berapa DALAM lah masuk pengertian buat umrah ni.

Cuaca, cun. Aku pergi tu, masya Allah. SEJUK dari Malaysia. Jakun kejap. Sebab yang mana orang baru balik cerita semua kata panas, berhabuk. Itu pada individu lah aku rasa. Tapi pada aku dan Pakcik Adi, semua dipermudahkan. Alhamdulillah..

Ni nak straight forward sikit kat sesiapa rasa mampu pergi tu.

Jangan rasa, atau sesekali fikir yang kau tu tak bersedia (lah), nanti macam-macam ditunjukkan (lah).
Jangan.
Diri kita - kita boleh ubah.

Pegang kata-kata aku ni - 
HANYA KITA YANG TAHU DOSA KITA PADA DIA TAHAP MANA. TAPI, DOSA TAHAP MANA PUN KALAU KITA INGAT DIA, NAK PERGI TEMPAT DIA - DIA AKAN TERIMA KITA MACAM HAMBA YANG LAIN JUGA.

Serious. Tak bohong.
Allah tu Maha Pengampun.
Aku sendiri pun bukan baik.
Tapi syukur - sebab Dia masih lagi terima aku, beri ruang pada aku, beri keselesaan pada aku untuk beribadat.
Itu buat aku lagi malu pada Dia. Aku jahat, tapi Dia sayang lagi kat kita. Menitik kejap ayaq mata. Hmm.

So, chill. Kumpul duit selow-selow. Cukup masa, cukup duit, dapat panggilan Dia - kita pergi. Orait? :)

Masjid Nabawi - Madinah.

Done our 2nd Umrah @ masjidil Haram. 
Actually rasa tersentuh sikit sebab hari tu genap kami nikah 4 bulan :')

Ziarah Hudaibiyah - Ladang Unta.
Ramai tanya apa rasa susu unta.
Jawab aku - Err, rasa takda apa. Tapi bau dia LEBEYY sikit. Paham lah hendaknya kome.

Jabal Rahmah - Arafah.
3 years back, masa aku kat sini, aku doakan jodoh aku dengan Pakcik sebelah aku ni.
Kuasa Tuhan, kali ni aku sampai dengan jodoh aku tu :')
SubhanaAllah.
He is indeed the best man You paired me with.

Masjidil haram - before Zohor's view.
Under construction as diorang tengah nak meluaskan lagi ruang masjid.

Itu je gambar setakat ni. Sebab aku pun cilok dari FB hasil dari Mobile Upload. HAHAHA.
Gambar yang lain - peram.
Biaq pi ahh. Aku kan kedek share gambo. Apa tujuan aku buat belog tapi kedekot share gambar pun entah lah.

Apparently, itu je yang nak humban pun. Cerita pasal study, aku sulap kemudian lah eh.
Takde apa yang best pun melainkan ketagih tension sorang-sorang jawab buat soalan/assignment subjek Personal Financial Planning. Kehkeh.

Sehingga bertemu lagi di lain hari, di lain masa *bukan lagi 2 bulan akan datang la hendaknya*.
Adios. Amigos. Assalammualaikum!

fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...