Wednesday 6 February 2013

Banyak Benda Aku Cuba Sampaikan Secara Langsung, Tapi Selalunya Mesti Jadi Monologue Je Tiba-Tiba

Aku pondan bila berdepan orang tua.
Lagi-lagi orang tua tu anak dia aku kenal. Gila benci sampai memaki dalam diri tapi tak boleh luah.

Contoh situasi #1.

Kakak cleaner kat opis aku ni. Anak dia sama sekolah rendah dengan aku dulu. Tapi tak rapat pun. Cuma kenal. Aku tak pasti camana boleh terpanggil dia kakak walau selayaknya aku panggil dia makcik. Mungkin dia perasan muda kot. Heh.

Tahap aku meluat bila dia nak cuti. Mentang-mentang aku cover opis ni, sukahati mak bapak diaaaaaaa je sms/call aku awal2 pagi cakap tak boleh datang. Bila aku tanya nape tak bagitau supervisor dia, dia boleh jawab, supervisor dia soh mintak kebenaran aku. Dangggg -_____________-"

Bila sampai opis aku call supervisor dia, supervisor dia terkejut kenapa last minit makcik tu baru gitau sebab dia kene carik replacement. Since supervisor ni takde anak yang kene mengena dengan aku, memang malanglah nasib beliau hari tersebut dengan aku. Heh.

Kau supervisor kot. Kau boleh tanya aku kenapa makcik tu apply last minute? Yu so fani.



Contoh situasi #2.

Orang yang sama - kakak cleaner.

"faz, akak nak balik awal lah tengahari nanti. Rumah anak akak rasenye banjir ni sebab hujan lebat. Kesian ni anak akak habis agaknya barang dia terendam. Kang akak soh Kak Dini amikkan sampah."

Hamboih. Kak ui, saye tak ler kejam mana sampai tanak bagi akak pegi ke apa. Tapi kau on duty. Bagitau lah supervisor kau. Bagitau aku watpe? Dahtu sesuka hati lak nak soh orang lain amikkan sampah.

Kalau terms of security, takkan dibaginya aku org lain nak masuk opis sesuka hati. Dahtu bila balik kang boleh pulak kau sain kata balik kul5. Ohohoiiiii mendidih aku tengok. Terus aku garis panjang-panjang, tulis kau balik pukul 12, pastu initial sain kat situ.

Bongok. Camna nak sound ni?


Contoh situasi #3.

Masih orang yang sama.

1st Feb, 0815hrs. Aku sampai opis tengok pintu kayu tutup. SAH. Memang sah kakak ni tak datang walopon dah inform kita kerja rini. Takpe. Aku tunggu 8.30am baru call dia.

830am -

Aku: Kak, akak ada mana ni?
Dia: Ala faz, akak ada hal lah. Nak beli barang untuk kawin Noni.

*pergh berapi aku dengar.*

Aku: Mana boleh camni?? Kan saya dah gitau semalam kita kerja walaupun opis kat KL. Ikot HQ kat PJ kan?
Dia: Ala faz..Akak dah bagitau Mofid (supervisor) dah malam tadi.. *dan aku terus letak telefon*

Memang maki hamun aku sorang-sorang kat situ. Dan macam pelik, pesal rajin lak gitau Mofid sedangkan selama ni gitau sampai berbuih mulut pun masih jugak selamber sms aku kalau nak cuti??

Hmm..

Call Mofid, connecting error. Call lagi, sama. Call opis dia, berjawab. Terus di-connect-nya aku ke Operation Supervisor. Kira lagi atas dari si Mofid tadi.

So setel. Dia gitau Mofid sebenarnya cuti. Dahtu dia sendiri willing nak datang hantar replacement. Aku cakap, tak kisah kul bapa, as long ada ganti.

Nak ditunjukkan Tuhan Maha Kaya lagi Maha Kuasa, masa aku borak-borak dengan kakak yang ganti ni, aku bagitau lah apa aku tak puas hati dengan cleaner opis ni. Dah alang-alang dia pun macam astagapar dengar aku cerita, sekali dia cakap,

"Ya Allah dik. Si Mofid tu satu kampung dengan akak. Dia dah balik kampungnya di indon sana sudah dekat 2 minggu. Mana boleh kakak tu bagitau Mofid malam tadi?"

Hambikkkk. Hambikkk... Ditipunya aku bulat-bulat macam cekodok.. Memang kuangajo aa tu kan bqxnmkcbnbtcn,icverynvew.

Dahtu bila masuk Isnin, buat-buat cam takde apa kat aku. Siap boleh terhegeh-hegeh kata henpon ilang lah apa lah. Nak alasan apa lagi tu kalau henpon hilang? Suka aa kan senang aku tak dapat cari kau nanti. Kau kan suka hilang pegi floor lain borak, pegi beli makan kul10.

Phuii. Dari layan kau kak, baik aku main solitaire. Takpun baik aku sumbat telinga dengar zikir Hasbi Robbi. Tenang sikit dari kena goda dek syaiton sebab kau ni.


fadzreentaro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...